PEMBAJAAN SAWIT DENGAN BAJA HARAPAN
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN PEKEBUN YANG DISAYANGI,
FACEBOOK PAGE KITA DAH CAPAI #1000 LIKE DAN FOLLOWERS.
DI SINI , KAMI INGIN BERKONGSI PENGALAMAN MENJAGA KEBUN KITA SEMUA UNTUK SEMUA PEKEBUN YANG MENYOKONG BAJA HARAPAN !
PEMBAJAAN SAWIT YANG BERKESAN DENGAN GUNA BAJA HARAPAN
pembajaan yang tidak seimbang atau terlebih nutrien akan menyebabkan peningkatan kos perbelanjaan dan hasil kurang. Oleh itu , Pekebun sawit perlu melakukan pembajaan pokok dengan nutrien seimbang yang mengandungi Nitrogen(N), Fosfat (P), Kalium (K), Magnesium (Mg) dan Trace Element (TE). *TE=Trace Element: Boron (B), Zinc (Zn), Iron (Fe), Manganese (Mn) & Copper (Cu).Kami mencadangkan semua pekebun cuba menghubungi pihak baja harapan untuk membuat jadual pembajaan.
Langkah-langkah untuk memaksimumkan penggunaan BAJA HARAPAN.
1. Pembajaan yang mencukupi dan seimbang perlulah mengikut potensi hasil tanaman masing masing. Contohnya, jumlah baja sawit adalah 10-13 kilogram setiap pokok setahun bagi kawasan tanaman sawit yang boleh menghasilkan lebih dari 12 tan buah setiap ekar setahun. Manakala penggunaan 9 - 10 kilogram setiap pokok bagi yang boleh menghasilkan lebih dari 10 tan buah setiap ekar setahun. jika taburan baja kurang dari 6kg setahun akan menyebabkan pokok tidak sihat ,dan hasil makin menurun sahaja.
2. Pembajaan di kawasan akar yang aktif supaya baja yang larut dalam bentuk nutrien mudah diserap oleh pokok dan dapat mengurangkan kehilangan nutrien melalui hakisan, resapan atau pemeruapan. Taburan baja N+pH dicadangkan sebanyak 2kg setahun untuk pokok matang.
3. Pemuliharaan air dan tanah di mana tanah perlu sentiasa lembap dan subur Specially musim kemarau.
i) membiarkan pokok paku pakis dan rumput tumbuh dalam lingkungan 10% - 25% untuk menjaga kelembapan tanah dan menurunkan kadar hakisan tanah.
ii) membina parit ladang yang mencukupi supaya aliran air terkawal dan limpahan air hujan tidak merentasi ladang, langkah ini juga boleh mengelakkan penghakisan tanah dan tiada air bertakung di kawasan akar sawit.
iii) membuat teres untuk kawasan yang beralun dengan kecerunan dan membina permatang (ban) untuk mengurangkan kadar hakisan tanah.
iv) jangan guna racun semasa cuaca kemarau sebab rumput sangat penting pada cuaca kemarau. ini akan menyebabkan serangga tidak ada rumput untuk makan terpaksa makan daun pokok sawit , dan penting untuk kelembapan yang disebut sebelum ini.
4. Ladang perlu bebas dari rumpai parasit dan pokok renek. Kawasan membaja di sekeliling pokok perlulah bersih supaya tiada perkongsian baja di antara sawit dan lain-lain pokok. pokok yang berbatang besar akan bersaing untuk mendapatkan nutrien dari pokok sawit dan mengelakkan akarnya supaya tidak mencucuk masuk ke dalam pokok sawit kerana ianya akan menjadikan pokok tersebut mati.
5. Melakukan sungkupan dan kitaran semula biojisim kelapa sawit seperti susunan pelepah yang betul dan sungkupan tandan kosong.biji sawit sentiasa dikutip untuk mengelakkan bibit tumbuh di sekelilingnya,hal ini akan menyebabkan peningkatan kos untuk aktiviti pembersihan.
6. Pembajaan dalam musim hujan perlu dielakkan iaitu pada hujung tahun.
*Tertakluk kepada keadaan dan kawasan.
7. Menggunakan baja foliar harapan bagi tujuan tambahan (supplement) kepada baja campuran harapan adalah disyorkan bagi tujuan penjimatan, memudahkan penggunaan & keberkesanan dengan serapan nutrien oleh pokok yang tinggi.
8. Membuatkan aliran tunai (cashflow) yang mengandungi jumlah perbelanjaan (pembajaan, meracun, tuaian, pengangkutan, prunning dan lain-lain) dan pendapatan hasil jualan sawit bulanan. Seterusnya dapat mengira keuntungan bersih (nett profit) setiap bulan. jangan merasa rugi apabila berbelanja tinggi untuk membeli baja melebihi 10kg , pelaburan baja semestinya akan membuahkan hasil yang tinggi kepada pekebun yang sanggup melabur di kebun sendiri.
9. cara untuk mengurangkan kos racun, boleh cuba menggunakan mesin potong rumput atau parang potong rumput yang tidak melebihi tinggi 2 kaki , racun selepas 2 minggu , ini akan meningkat prestasi bunuh rumput dan mengurangkan kos racun.
10. hantaran buah sawit ke timbangan atau kilang yang jujur. sentiasa kira berapa tandan setiap hantaran untuk mengelakkan kerugian. kadang kala timbangan tersebut mungkin ada masalah. tertakluk kepada keadaan.
BAJA HARAPAN , HARAPAN KITA.
Comments
Post a Comment